Sesungguhnya Ya Allah, Kau satukanlah kami atas redha-Mu, izinkan aku sayangkan dia atas jihad kepada-Mu. Sekiranya dia bukan jodohku, redhakanlah hatiku. Sesungguhnya aku tahu Kau merencanakan yang lebih baik untuk kami berdua. Namun, Kau peliharalah hubungan persahabatan kami.
Wednesday, May 30, 2012
Baru sekarang aku sedar betapa susahnya memendam perasaan pada seseorang. Alangkah sakit dan tidak tenteramnya jiwa. Sesungguhnya aku keliru. Aku mahu tetapkan hati pada bakal suami aku je tapi sekarang ni aku dah sukakan si dia. Peliknya suka ini. Suka tanpa paksaan dan tiada sebab yang kukuh. Aku cuba untuk mengelak tapi apakan daya, sudah satu program. Mata asyik nak pandang je walaupun cuba untuk tidak nampak sangat. Tak nak dia perasan. Aku pun tahu dia hanya anggap aku sebagai kawan. Jadi, aku tak nak dia rasa tak selesa dengan aku. Mungkin perasaan ini bersifat sementara dan memakan masa untuk hilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment