Pages

Sunday, April 8, 2012

Salam blog...aku kat rumah ni...bosan la...tak tau nak buat apa. Hari ni mak aku masakkan laksa, sedap hingga menjilat jari la. Heheheh....Aku tengah cuti mid-sem, seminggu je. Tapi boring la. Masa kat U teringin sangat nak balik rumah tapi bila dah balik bosan la pulak.

Aku sebenarnya nak cite something. Hari khamis lepas, hari last kuliah aku, terjadinya peristiwa yang aku rasa sangat kasihan dekat Mr F. Kitorang kena hantar assignment math pada hari tersebut. Tapi ada la geng Mr F ni tak siapkan assingment tu lagi, so si kawan ni pun pinjam kertas Mr F untuk tiru. Tak kisah la kan, tiru-meniru ni dah jadi makanan pada student.

Tapi yang kesiannya, si kawan tu lewat hantar kertas Mr F dan lecterur tu tak terima assingment tersebut. Lagi mengejutkan aku bila lecterur tu pijak kertas tu, bayangkan apa perasaan orang tu? Sedangkan aku yang bukan pemilik kertas tu rasa terkejut, apatah lagi si pemilik. Dah la assignment tu 40% carry mark. Sia-sia ja hilang.

Yang aku kagumnya, Mr F ni sebenarnya marah kat si kawan tapi tak terluah. Dia diam je. Tapi aku boleh nampak la muka dia stress. Aku kesian sangat kat dia. Kenapa kawan dia buat macam tu? Macam la tak boleh siapkan awal sikit. Dah la aku tengok muka kawan dia macam tak bersalah ja. Kalau aku la, tak tau la aku buat apa.

Mr F ni memang sangat sabar la pada aku. Memang la member tapi jangan la sampai menyusahkan diri. Hati dia lembut sangat la sampai tak terduga. Aku bukan apa tapi aku kesian sebab kawan dia seolah-olah mengambil kesempatan. Tapi aku sebagai orang luar tak kan nak masuk campur dan pandangan aku mungkin tak kan di terima. So, yang aku mampu hanya lah melihat. Aku harap dia akan lebih tegas selepas ini dan ambil iktibar atas apa yang terjadi. Aku hanya mampu berdoa untuk kebaikan dia.

No comments:

Post a Comment